Perhatian


Kebanyakan post di dalam blog ini disalin dari posting dari sahabat-sahabat blogger lain untuk rujukan saya pada masa akan datang. Jadi saya lampirkan sekali link ke post asal bagi menjaga hakcipta post serta memudahkan anda dan saya ke post asal. Harap Maklum

Sunday, March 8, 2015

Rich Dad Poor Dad

Setelah menyertai beberapa kursus keusahawan bergaul dengan usahawan dan bertatih dalam jatuh bangun keusahawanan. Saya mula mengenali sekelumit tentang bidang keusahawanan yang sangat berbeza dengan dunia pekerjaan selama ini. Begitu membuka minda.

Antara tokoh yang sangat berjaya mengubah pemikiran ramai penduduk dunia dalam pendidikan kewangan ialah Robert Kiyosaki yang dikenali dengan buku bestsellernya seluruh dunia berjudul "Rich Dad Poor Dad". Di Malaysia, PTS Professional Publishing Sdn Bhd mendapat hak terjemahan buku terkenal dari Richdad Company itu.

Selama ini kita diasuh

Ke sekolah 
Dapatkan pekerjaan yang bagus
Dapatkan pencen

Buku ini juga mengubah cara pemikiran dan perspektif kita terhadap wang dan mengeluarkan kita dari kitaran sia-sia (rat race). Bangun pagi - balik petang - dapat gaji - bayar hutang.

Ini antara video yang menarik dikongsi.




Robert Kiyosaki ditemuramah oleh Oprah Winfrey dalam rancangan The Oprah show, rancangan ini mula meletupkan buku beliau dan akhirnya diterjemahkan ke banyak bahasa seluruh dunia.



Dalam video berdurasi 60 minit ini menggambarkan apa yang beliau tuliskan dalam buku-buku beliau. Dalam video di bawah ini pula interview baru yang dibuat penghujung tahun 2014


Dalam video terbaru sejak posting ini dilakukan, Robert Kiyosaki menjangkakan US Dollar akan menjunam teruk pada tahun 2016




No comments: