Perhatian


Kebanyakan post di dalam blog ini disalin dari posting dari sahabat-sahabat blogger lain untuk rujukan saya pada masa akan datang. Jadi saya lampirkan sekali link ke post asal bagi menjaga hakcipta post serta memudahkan anda dan saya ke post asal. Harap Maklum

Sunday, September 21, 2014

Ziarah 26 Zulkaedah 1435

Setelah setahun lebih tidak menziarahi makam bersejarah di Kelantan, maka pada hari ini kami diberikan izin oleh Allah taala bagi menjejak makam bersejarah di Kelantan. bermula dengan makam-makam di Jembal. Seterusnya kami memanjangkan langkah ke Banggol, jalan ke Pantai Cahaya Bulan berziarah di sana.

Makam Raja Loyor

Makam Raja Loyor
Makam berikut di bawah ini mempunyai 2 pendapat sama ada makam Raja Sakti atau Makam Tuan Besar Long Bahar. Wallahua'lam. Sama-sama kita mencari kesahihannya.




Makam Paduka Cik Siti Wan Kembang

Friday, September 19, 2014

Cara mudah buat tesis guna microsoft word 2010

Sejak 1997 guna microsoft word, kali ni baru tau ada function yang sangat memudahkan kerja-kerja menyiapkan tesis/paper work/jurnal.

Tapi yang ni menggunakan Microsoft Word version 2010. Tu pun sebab bawak berjalan anak-anak (dah ada anak-anak sekarang) ke rumah sepupu yang tengah giat sambung study ke tahap PHD. Tak berjumpa pun dengan tuan, tapi terpandang sebuah buku di ata meja tu bertajuk TULIS TESIS CEPAT karangan Dr Othman Talib.

Saya tengok sikit content buku tu, tersentak sekejap, aduh, mudahnya, setebal buku tu dia tulis guna satu file Microsoft Word je. Tak boleh nak tumpu buku tu dengan detail sebab anak tak duduk diam atas dukung (nak menelaah sekali la tu).

Balik rumah buat carian sikit dengan google jumpa beberapa pautan.

http://kaktiny.blogspot.com/2012/11/phd-oh-phd-part-5-dr-ot-rfot-kot-cycle.html
http://cintakuntumansyurga.blogspot.com/2011/04/tutorial-jom-tulis-tesis-cara-mudah.html

Ni pulak blog Dr OT

http://drotspss.blogspot.com/

Harap boleh membantu sahabat-sahabat. Saya pun bukan buat tesis pun, adala buat paperwork sikit. Kalau yang tengah bertungkus lumus buat Rancangan Perniagaan (Business Plan) untuk pembiayaan mana-mana institusi perbankan atau agensi pun sangat sesuai. Tapi blog Dr OT lebih fokus kepada tesis, jd sahabat-sahabat yang buat RP tu ambil skill Microsoft Word aje lerr...

Kredit kpd semua pemilik blog.