Perhatian


Kebanyakan post di dalam blog ini disalin dari posting dari sahabat-sahabat blogger lain untuk rujukan saya pada masa akan datang. Jadi saya lampirkan sekali link ke post asal bagi menjaga hakcipta post serta memudahkan anda dan saya ke post asal. Harap Maklum

Wednesday, November 13, 2013

Mengapa saya berpakaian Melayu

Bersempena 10 Muharram 1435 ini, saya ingin berceloteh sedikit mengapa saya boleh terus berminat berpakaian cara Melayu walaupun busana Melayu adalah pakaian yang 'dikatakan' kolot dan ketinggalan zaman pada zaman millenium ini. Kebetulan saya dibesarkan di waktu mana masyarakat Malaysia sedang dihidangkan dengan sains dan teknologi dan kemajuan tamadun barat.

Saya juga tidak ketinggalan. Bersekolah juga dalam aliran sains, didedahkan dengan teknologi komputer, pengajian tinggi juga alam bidang kejuruteraan, bekerja juga dalam industri yang melibatkan teknologi pemprosesan dan pembuatan.

Membesar sebagai Melayu Islam menyebabkan saya masih ada sedikit kesedaran untuk kekal dalam tradisi itu. Namun, persekitaran yang mementingkan kemajuan teknologi ini kadang-kadang boleh membuatkan kita terlupa.

Kebetulan saya berpeluang menyertai hari keluarga Seni Beladiri 2010. Dalam majlis itu turut disertai oleh beberapa peserta dari Eropah. Saya mendaftarkan diri lebih lewat berbanding yang lain dan ditempatkan sebilik dengan Freddy, seorang jurulatih beladiri dan kecergasan di Paris, Perancis.

Antara pengisian program ini adalah Seminar Adat Sembah Melayu yang disampaikan oleh YAM Dato' Seri Wan Hj Abdul Wahid Wan Hj Hassan, salah seorang pembesar berempat negeri Pahang

sila rujuk sini:
http://pancapersada.blogspot.com/2011/05/orang-besar-negeri-pahang.html
http://pancapersada.blogspot.com/2011/10/tugas-pembesar-istana-semasa-istiadat.html

Untuk pengisian program, sila rujuk di sini: Adat dan adab Melayu)

Seminar Adat Sembah Melayu 2010 disampaikan oleh
YAM Dato' Seri Wan Hj Abdul Wahid Wan Hj Hassan dan Azlan Ghanie

Malamnya, adalah malam sembah salam sempena hari keluarga Seni Beladiri 2010, selempang amanah disampaikan kepada guru-guru muda serta pemegang-pemegang amanah. Kesemua peserta pada malam itu berpakaian penuh istiadat Melayu termasuklah mereka dari Eropah. Saya merasa agak segan pada malam itu kerana tidak menjangkakan majlis rasmi sebegini serta tidak mempunyai persalinan yang lengkap. Melihatkan 2 orang lelaki Eropah itu juga cukup segak dengan bertanjak, bersamping, berkeris siap bertari langkah silat membuatkan saya seperti dikejutkan dari lena dengan elektrik voltan tinggi.


Saya, Abang Arbi, Freddy, Sebastion dan isterinya. Saya hanya berpelekat sedangkan
2 mamat Eropah ini berpakaian Melayu siap bersongket.

Freddy bermain keris

Sebastion berlangkah tari 
Para penerima selempang amanah


Begitu indah dan berharga adat dan budaya Melayu. Benarlah kata-kata bahawa kita hanya kita hanya akan menghargai sesuatu apabila kita kehilangannya. Kita akan menghargai kesihatan apabila kita sakit. Apabila melihat betapa minatnya bangsa Eropah dengan ketinggian budaya Melayu jika dibandingkan dengan orang Melayu sendiri yang mula meninggalkan nilai Melayu. Ini bukanlah kali pertama saya melihat kesungguhan bangsa Eropah mempelajari budaya Melayu. Sebelum ini saya pernah mengikuti Pendita Azlan Ghanie mengajar Senaman Tua kepada sekumpulan bangsa Eropah. Mereka begitu berminat dengan senaman melayu serta senjata-senjata Melayu.


Pulang sahaja dari program itu, saya  menempah tanjak. Saya juga mula berjinak-jinak dengan keris dan memiliki sebilah keris sendiri. Mulai hari itu juga, saya begitu bersungguh mengkaji mengenai bangsa Melayu, bukanlah bersikap asabiyah, tetapi mengkaji asal usul diri sendiri yang boleh mendekatkan diri kepada Yang Maha Pencipta. Di mana Melayu itu sendiri cukup dekat dengan Islam.


Saya tidak akan menyentuh mengenai pakaian Melayu di sini, tapi untuk rujukan bolehlah ke pautan berikut: