Perhatian


Kebanyakan post di dalam blog ini disalin dari posting dari sahabat-sahabat blogger lain untuk rujukan saya pada masa akan datang. Jadi saya lampirkan sekali link ke post asal bagi menjaga hakcipta post serta memudahkan anda dan saya ke post asal. Harap Maklum

Friday, December 9, 2011

Wan Derus: Panglima Perang Dari Pulau Langkasuka.

tulisan menarik dari sangtawal:
http://sangtawal.blogspot.com/2011/10/wan-derus-panglima-perang-dari-pulau.html


Tajuk : Wan Derus: Panglima Perang Dari Pulau Langkasuka.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Ahli sejarah jarang sekali mendedahkan secara terperinci siapakah sebenarnya Wan Derus, iaitu suami kepada tokoh Lagenda Langkawi iaitu Mahsuri. Masyarakat umum juga mungkin sudah melupai nama Panglima perang yang hebat ini kerana tenggelam oleh cerita – cerita sekitar sumpahan mahsuri.

Wan Derus sebenarnya adalah adik kandung kepada Wan Yahya sendiri [lebih terkenal sebagai Dato Pakerma Jaya dalam cerita Lagenda Mahsuri ]. Wan Derus yang juga suami kepada Mahsuri adalah anak kepada Wan Embong dan Wan Cik Bunga.Hasil perkongsian hidup mereka, mereka dikurniakan 3 orang anak iaitu Wan Yahya, Wan Kecik dan Wan Derus. Makam Wan Embong dan isterinya sehingga kini masih ada di Makam Beras Terbakar di Padang Mat Sirat. Dikatakan bahawa keluarga Wan Derus ini ada pertalian darah dengan bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir melalui sebelah ibu Tun.

Dalam tahun 1810, siam telah menyerang Pulau Langkawi, dulu Pulau ini disebut Pulau Langkasuka, tetapi serangan mereka telah dipatahkan oleh panglima-panglima Pulau Langkasuka termasuklah Panglima Wan Derus.

Antara sahabat-sahabat rapat Wan Derus ialah Syed Salim, Syed Bakhori dan Syed Ali . Dalam tahun 1820an Aceh pula telah menyerang Negeri Satun. Ketika itu Negeri Satun diperintah oleh Raja Bokhori iaitu anak kepada Tengku Alang Perkasa. Maka Raja Satun pun meminta pertolongan dari angkatan perang dari Pulau Langkasuka. Ketika itu Pulau ini dibawah naungan pemerintahan Raja Satun. Aceh mengupah orang Siam untuk menyerang Satun.Peperangan berlaku di persisiran pantai bernama Ban Khuan atau Ban Chuan. Perang ini dimenangi oleh Satun.

Ketika Panglima Wan Derus pergi berperang inilah peristiwa fitnah dan pembunuhan isterinya Mahsuri terjadi di Pulau Langkawi.Hukuman bunuh telah dijatuhkan oleh abang ipar Mahsuri sendiri iaitu Wan Yahya atau Dato Pakerma Jaya atas hasutan isterinya Wan Mahora.

*Walaupun saya percaya, bukan disini jasad Mahsuri disemadikan sebenarnya, saya ambil juga gambar ini sebagai kenang-kenangan.


Keturunan Wan Derus juga dikatakan ada kaitan dengan Pattani Darussalam.

Mengikut arwah datuk saya, kemungkinan Wan Derus juga adalah seorang pendekar sufi pengamal Tariqat Syatariah memandangkan ramai hulubalang Pattani sezamannya memakai “pakaian Perang”itu.

Jika benar keturunan Wan Derus berasal dari Pattani, maka semakin bercantumlah beberapa puzzle dalam pencarian saya selama ini, malah ianya menjadi lebih menarik kerana ada kaitan dengan pangkal nama “Wan” atau “Che”. Menurut seorang forumer dalam Forum Lagenda Mahsuri asal gelaran “Wan” di pangkal nama ialah dari keturunan Saiyid Ahmad Saman Al-Aidrus bin Saiyid Hakim bin Saiyid Husein bin Syed Abdullah Al Aidrus.Saya sendiri tidak pasti kesahihannya, diharap pembaca semua boleh memberikan sedikit pandangan berkaitan keturunan ‘Wan’ atau ‘Che’ ini.

Apatah lagi bila mengetahui Mahsuri juga adalah seorang pendekar sufi berketurunan dari Pandak Mayah ke Radin Masjoro ke Raden Patah ( Kesultanan Islam Demak- warisan Majapahit ) bersusur galur kepada Sunan Ampel ( keturunan ke-24 dari Rasulullah s.a.w ).

Oleh itu, siapakah keturunan sebenar dari Wan Derus dan Mahsuri di bumi bertuah ini perlulah diberi perhatian sewajarnya!

Di sini juga timbul kesangsian, apakah benar Keturunan ke-7 Mahsuri yang pernah digembar-gemburkan suatu masa dahulu dari Phuket itu “benar-benar” keturunan Mahsuri dan Wan Derus ??? atau sebaliknya ??? kerana saya pernah terbaca di satu Forum,[ KLIK ] penulis yang mendakwa dirinya adalah keturunan sebenar Mahsuri iaitu saudaraTanggo [ nama samaran] rasanya lebih meyakinkan, lebih munasabah, logik, berfakta dan saya kira lebih menghampiri kebenaran.

Jika apa yang didakwa oleh Tanggo benar, maka sekali lagi sejarah Lagenda Mahsuri perlu diubah! Tapi sayang, setelah bertahun menulis di forum, akhirnya saudara Tanggo kini tidak menulis lagi malah meninggalkan satu persoalan besar yang belum terungkai oleh ribuan pembacanya.Apapun, saya doakan semoga perjalanan hidup dan perjuangan saudara Tanggo yang penuh berliku itu akan dipermudahkan oleh Allah swt., kerana saya cukup percaya bahawa kebenaran itu tetap ada di sepanjang zaman.

Sila baca di sini

Dan sekiranya saudara Tanggo membaca artikel ini, saya mohon agar saudara memberikan komen disini atau saudara Tanggo boleh meneruskan semula penulisan beliau di Forum tersebut, kerana ramai rakyat Malaysia mengikuti Forum tersebut dan ingin sekali mengetahui kebenaran dan kesudahan cerita saudara itu.Kebenaran perlu ditegakkan biarpun ia pahit untuk ditelan.




*Gambar Pedang dan Pending diatas yang dikatakan milik Wan Derus diatas saya ambil ketika saya dan keluarga melawat ke Kota Mahsuri di Pulau Langkawi bulan lepas .Ketika berada disitu, entah mengapa , hati saya merasakan yang Pedang dan Pending itu bukan kepunyaan Panglima Wan Derus. Walaubagaimanapun saya amat tertarik dengan bentuk ukiran yang halus dan jika diteliti ia mengandungi kalimah tertentu yang berlainan pada 7 permukaan 4 segi, termasuklah di kepala Pending itu.Rasanya ia milik seorang wanita.Anda boleh melihatnya sendiri jika pergi ke sana.

*Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat atau cerita tentang Wan Derus dan keturunannya, bolehlah berkongsi cerita anda disini.Cerita anda dialu-alukan.

Silat Jatuh Warisan Kelantan

Artikel ini disalin dengan sedikit suntingan dari:
http://khalifahgayong.wordpress.com/2010/02/16/terkenangkan-guru-hamba-syed-harun-tuan-besar/

Pelancong sangat meminati Silat Jatuh yang kaya dengan Kesenian


Seni silat merupakan salah satu khazanah bangsa Melayu yang masih wujud hingga kini. Jika dikaji terdapat beratus-ratus jenis aliran seni silat di Negara ini. Masing-masing mempunyai nama yang unik dan gaya persilatan yang hebat. Namun tahukah anda bahawa di negeri cik siti wan kembang ini juga terdapat sejenis seni silat yang amat cantik dan menarik.

Seni silat yang dimaksudkan itu ialah Seni Silat Cantik atau Silat Jatuh. Ianya menjadi sangat unik kerana hanya dapat dilihat dan dipelajari di negeri ini sahaja dan ia amat terkenal di negeri Kelantan. Namun asal usulnya masih belum  diketahui dengan jelas kerana tidak ada sejarah bertulis mengenainya.
Seni silat ini mengabungkan keindahan gaya gerakan tari silat dan juga kehebatan pesilat menewaskan lawannya.

Diawal pembelajaran, murid-muird akan diajar cara bertari silat dengan baik terlebih dahulu. Apabila tari sudah kemas dan cantik, diajar pula cara bertapang (tapak empat). Ia adalah cara bertari sambil melangkah dalam 4 penjuru.

Setelah boleh bertari dan bertapang barulah diajar cara berlawan(bergomol). Didalam  silat ini tujuan bertarung adalah untuk menjatuhkan pihak lawan. Teknik-teknik seperti tumbukan dan tendangan adalah dilarang sama sekali. Ia hanya menggunakan kebijaksanaan pesilat untuk menjatuhkan lawan mereka. Jika dilihat secara kasar ianya sama seperti seni bela diri dari jepun seperti sumo dan judo.

Latihan

Silat cantik biasanya diajar di dalam bangsal yang berdekatan dengan rumah guru yang mengajar. Tempoh belajarnya pula biasanya 2-3 bulan sahaja, namun jika anak murid ingin terus menambah ilmu boleh datang berjumpa guru untuk belajar.  Silat cantik juga banyak dipersembahkan di majlis-majlis perkahwinan dan juga dalam upacara menyambut orang-orang kenamaan di Kelantan. Biasanya ketika majlis perkahwinan permainan silat ini kelihatan agak nakal dan lucu kerana bertujuan untuk menghiburkan tetamu yang hadir.

Unsur Humor diselitkan semasa persembahan



HAKIKAT PERGERAKAN BUNGA DAN RAHSIA
Pergerakan silat terbahagi kepada bunga (pergerakan seolah-olah tarian, digelar juga seni atau tari) dan buah (pukulan atau buah pukul). Bagi mereka yang tidak pernah melihat seni pertahanan diri ini, mungkin ia kelihatan seperti sejenis tarian.

Namun terdapat aliran yang hanya mempunyai buah seperti Silat Cekak dan Buah Bentayan. Seni tari yang halus ini memungkinkan ia digunakan sebagai persembahan dalam sesuatu majlis keramaian, malah hampir setiap aliran mempunyai ‘tari sembah’ termasuklah aliran yang tidak mempunyai bunga.

Tari sembah ini dipersembahkan untuk memperkenalkan diri dan aliran yang diwakili/dipelajari. Dalam situasi pergaduhan, permulaan langkah dari tari sembah atau sejurus dari bunga yang diperlihatkan membolehkan pesilat mengenali rakan sealiran dan memungkinkan situasi berakhir dengan damai dan bermaaf-maafan.

Silat Jatuh Sungguh Berseni dan Beradab

Adalah menjadi ungkapan yang terkenal dan biasa disebut oleh guru-guru silat bahawa bunga silat mempunyai seribu satu muslihat. Selain daripada kelihatan mengelirukan (seolah-olah menari) dan sebab-sebab di atas, bunga juga digunakan untuk memberi masa dan ruang kepada lawan untuk menghulurkan salam perdamaian (ini dapat dilihat dalam kebanyakan bunga yang kelihatan seperti menghulur salam), menyembunyikan buah dan sudut serangan dan mengacah serta mengumpan lawan (kadangkala sehingga sengaja menunjukkan bahagian tubuh tertentu bagi diserang untuk memerangkap musuh).

Silat Jatuh terkenal dengan pergerakan bunga yang cantik dan istilah ‘melilit’. Pesilat aliran ini akan sengaja memberi ruang dan isyarat kepada musuh untuk menyerang atau cuba melepaskan diri, di mana semakin musuh itu menyerang setelah termasuk perangkap kuncian, maka semakin ketat mereka akan ‘terbelit’ dalam kuncian pesilat aliran ini.
Guru Silat Jatuh ambo C.Inspektor Syed Harun Tuan Besar @ A.Aik

Sundang Geliga  Mata Berkait,
Langkah Sembah Bersama Tari,
Sekilas Pandang Pendekar Syed,
Bunga Jurus Penuh Berisi

Bunga tari jurus berisi,
milik Panglima KeBawah Duli,
kalau ingin jurus dimiliki,
Pendekar Syed sedia memberi

Bukan mudah ilmu diberi,
Harus cekal berhati murni,
Tujuh bunga sebagai ufti,
Berguru dengan Pendekar Sejati,

Bukit Aman nama diberi,
Jalan sukar ranjau berduri,
Jika jurus tak penuh dimiliki,
Jangan cuba hendak didaki.

Ramai Pendekar cuba mendaki,
Untuk bertemu Guru sejati,
Hati jujur tidak dimiliki,
Jurus Tari memakan diri.

Langkah diatur berhati-hati,
Jurus tari perlu dimiliki,
Petua guru haruslah ditaati,
Agar ilmu sakti diberkati,

Thursday, December 8, 2011

Adat bersendi syarak, syarak bersendi KITABULLAH

disalin dari:
http://mochtarnaim.wordpress.com/2009/08/28/adat-bersendi-syarak-syarak-bersendi-kitabullah-abs-sbk-dilema-yang-dihadapi-masyarakat-minangkabau-moderen-dalam-pengimplementasiannya/

Adat bersendi syarak, syarak bersendi KITABULLAH (ABS-SBK) Dilema yang Dihadapi Masyarakat Minangkabau Moderen dalam Pengimplementasiannya

Disampaikan pada Kongres Kebudayaan dan Apresiasi Seni Budaya Minangkabau 

29-30 November 2006, di Padang

JSR, No. 18, 29 Nov 2006


ABS-SBK adalah sebuah simpul, dan sekaligus simbol, budaya yang dari sana orang boleh melihat bagaimana masyarakat dari budaya berkenaan memahami hubungan antara adat dan agama yang mereka anuti. Jelas bahawa hubungannya bukanlah hubungan timbal-balik yang setara (cagaran), tetapi hirarkis-menegak, di mana agama yang dilafazkan sebagai syarak itu diletakkan di atas adat, dan agama pada gilirannya cantelannya adalah kepada kitabullah, Al Quran, yakni wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada rasul-Nya (Muhammad) sebagai penuntun dan petunjuk (hudan) dalam kehidupan ini. Dan kerananya jelas bahawa yang dimaksudkan dengan agama atau syarak di sini adalah Islam, dan tidak ter-masuk agama yang lain-lain.Ini sekaligus menangkis usaha pembelokan interpretatif oleh unsur pemangku adat yang berfungsi sebagai pejabat di masa Orde Baru di mana "syarak" dan "kitabullah" diertikan tidak hanya eksklusif Islam tetapi juga agama wahyu lain-lain. Motifnya adalah kerana khuatir akan berbenturan dengan konsep Pancasila yang sifatnya menyeluruh, dan takut kalau Sumatera Barat akan mengganjil dari yang lain akibat trauma di masa PRRI yang lalu. 


Dengan itu, sekaligus, budaya Minangkabau tidaklah ter-golong kepada yang berorientasikan atau dikategorikan sebagai budaya sinkretik , seperti di Jawa, tetapi sintetik. Dengan sinkretisme difahami bahawa semua unsur budaya dalam masyarakat yang boleh pelbagai dan datang dari lubuk budaya yang berbeza-beza dianggap sebagai sama - bahkan diakui secara menyeluruh sebagai sama benarnya (sadaya agami sami kemawon) -, sementara sintetisme yang difahami di sini adalah peleburan atau persenyawaan dari budaya adat yang menjadi satu dengan budaya agama. Dengan demikian bahawa unsur adat yang bersenyawa dengan agama atau syarak itu adalah yang serasi dengan agama, sementara yang bertentangan dibuang. Adat yang bersenyawa dengan agama dinamakan adat yang islami (adat islamiyah), sementara adat yang dibuang kerana bertentangan dengan Islam, adat jahili (adat jahiliyah). Dari sana, dan dalam pengimplementasiannya maka muncullah ungkapan-ungkapan seperti: Syarak berbuhul mati, adat berbu-hul sintak; syarak mengata, adat memakai; syarak bertelanjang, adat bersesamping; syarak mendaki, adat menurun; yang baik dipakai yang buruk dibuang, dan sebagainya. 


kita pun menyedari bahawa walaupun secara konseptual dan satu definisi hubungan antara adat dan syarak adalah sedemikian, namun dalam kenyataan sosiologis-sejarahnya boleh terjadi anomali, ketidak serasian dalam hal pengimplementasi-annya. Ini antara lain adalah kerana proses persenyawaan antara adat dan syarak tadi dalam pengimplementasiannya tidak berjalan dengan betul. Pertama, secara sejarah, jauh sebelum Islam masuk dan melakukan penetrasi budaya ke dalam masyarakat Minang, dan Indonesia umumnya, kawasan ini telah mempunyai budaya primordial yang dalam perjalanan sejarahnya juga telah bertemu dan berkonvergensi dengan budaya-budaya luar yang masuk, seperti Hinduisme, Buddhis- me, dsb, di samping animisme yang menjadi ciri khas dari budaya primordial itu sendiri.Dengan demikian, sampai seka-rangpun masih kita lihat sisa-sisa dari kepercayaan lama yang berbau mistik, tahyul, khurafat, bid'ah, dan syirik sekalipun. Malah, kedua-dua, kecenderungan ke arah yang bersifat kontra-diktif dengan prinsip tauhid-monotheisme dalam Islam justeru hidup subur dan dibiarkan dalam alam kemerdekaan ini seba-gai akibat dari budaya asimilasi dan inklusivisme yang lebih dominan dalam kehidupan bernegara dewasa ini. 


Kerana itu pula, seperti Islam itu sendiri, budaya Minang-kabau yang menganut paham sintetisme ini akan berhadapan dengan budaya Indonesia lain yang sifatnya sinkretik. Kebetulan sekali bahawa budaya kontemporari yang dominan di Indonesia sekarang ini adalah budaya sinkretik itu, bukan sintetik. Budaya sinkretik yang tadinya berasal dari lubuk budaya Jawa itu, sekarang ini, suka atau tak suka, telah menjadi budaya Indonesia moden.Simpulnya terbuhul pada simbol budaya "Pancasila" itu sendiri. Ajaran Pancasila yang lahir dari buah fikiran kontemplatif bapa pengasas negara moden Republik Indonesia, Sukarno, itu dasarnya adalah sinkretik, seperti dengan budaya asalnya, Jawa, atau kejawen, bukan sintetik; bahkan semasa Orde Lama dan Order Baru pernah dimitoskan bersama-sama dengan Perlembagaan 1945 - yang setitik haram diubah. 


Dari sila pertama saja orang telah melihat sekali unsur sinkretismenya itu, yakni bahawa yang dimaksudkan dengan "Ketuhanan Yang Maha Esa," itu bukanlah hanya Islam yang memang monotheis, berketuhanan YME, tetapi juga yang lain-lain yang walau mengenal dan mengakui Tuhan YME, tetapi terdiri dari tiga atau lebih banyak lagi unsur theistik-ketuhanan, yang dalam theologi Islam dikategorikan sebagai politheis atau syirik. Jadi, bukan hanya Islam yang diakui, tetapi juga Kristian, Hindu, Buddha, bahkan sekarang Kong Hu Chu sekalipun, yang sebenarnya hanyalah agama-budaya yang kebetulan berasal dari China dan lekat dengan tradisi budaya China. Kong Hu Chu sejak promotornya Gus Dur diakui kerana kebetulan ada beberapa 3-5% dari penduduk Indonesia sekarang ini yang dari keturunan Cina, yang kebetulan sekarang bertangan di atas dalam menguasai jentera ekonomi Indonesia, dari hulu sampai ke muara. Di zaman awal kemerdekaan dahulu, di mana Sukarno tidak mengingin-kan "kuda berkaki tiga," sehingga Komunisme-Marxsisme-Leninisme-Maoisme yang jelas-jelas atheis, anti-tuhan, juga diakui, berdampingan dengan Islamisme, nasionalisme dan sosialisme. 


Cara berfikir gado-gado dalam erti sinkretik seperti inilah di peringkat Indonesia yang lebih luas yang pertama-tama menjadi cabaran bagi konsep budaya ABS-SBK itu. Dengan ditolaknya konsep "negara Islam" di Konstituante di Bandung di penggal kedua 1950-an, iaitu kerana tidak berjaya meng-golkan dua pertiga suara yang diperlukan, seperti juga tidak berhasilnya kumpulan ideologi kenegaraan nasionalis-komu-nis-sosialis-sekular lain-lain , maka dari sana cara berfikir yang sinkretik makin menguat, yang selama masa Sukarno dan Suharto, dan bahkan berlanjutan sampai sekarang, makin domi-nan. 


Dengan kekalahan dalam perang ideologi yang dialami oleh kumpulan sintetik, di mana budaya Minangkabau menjadi sokogurunya, maka berturut- turut terjadilah proses pelong-soran dan pereputan daripada budaya sintetik itu sendiri dari dalam. Kerana ingin selamat, trauma dengan kekalahan dalam pertarungan fizikal yang dialami (PRRI), dan sedar bahawa diri-nya adalah penganut aliran sintetik dari kelompok minoriti (dalam erti budaya) dalam berhadapan dengan aliran sinkretik dari kelompok majoriti, kompromi demi kom-promi, dan konsesi demi konsesi, pun dilakukan. Yang terjadi lalu adalah munculnya sikap batin yang bercirikan split-personality, jiwa terbelah. Orang Minang, seperti juga dikatakan oleh Asrul Sani, lalu mempunyai mentaliti skizofrenik. Di satu sisi ingin tetap menjadi dan mempertahankan diri sebagai orang Minang, yang sintetik, yang Islamnya khalis, murni, tetapi di sisi lain, ingin pula tetap menjadi orang Indonesia yang cantelan budayanya, suka-taksuka, sinkretik. Sementara alternatif ketiga tidak ditemui. Orang Minang tidak memi-liki sikap batin seperti yang dimiliki oleh orang Aceh: saya mau yang ini sampai bila-bila masa, dan saya pertaruhkan semua ini untuk itu.Orang Minang terlalu banyak pertimbangan, sehing-ga dari maju surut yang lebih - bagaikan "si Ganjur lalai," seperti dalam cerita Talipuak Layua dalam cerita klasik Mi-nang. Kehilangan keperibadian menimbulkan sikap mengam-bang, sukar membuat keputusan, dan cenderung tidak berpendirian. 


Ini juga kerana di sisi lain alih generasi telah terjadi. Generasi para pelopor dan pengasas republik ini telah pergi. Minangkabau sering diidentikkan dengan generasi yang telah pergi itu. Setengah abad masa telah berlalu. Dan persalinan generasi telah terjadi. Generasi yang sekarang adalah generasi yang ditempa oleh sistem pembentukan wangsa yang seluruhnya indoktriner, regimenter, dan totalitarian. Dalam erti, yang ditekankan adalah keseragaman, bukan kepelbagaian, dalam satu sistem komando yang sentralistis dan menegak dari atas. Dan ketika tonggak demokrasi-liberal telah dilalui (dengan Dekrit Presiden 5 Julai 1959), masuk ke era demokrasi terpimpin dari Sukarno dan demokrasi Pancasila dari Suharto di zaman Orde Lama dan Order Baru selama 4 dekad (1959-1998), Indonesia pun 'maju ke belakang 'dengan menghidupkan kembali budaya feudalisme, paternalisme, nepotisme, bahkan despotisme, dan sentralisme kuasa di tangan orang seorang yang merasa bahawa negara itu adalah saya (l etat c'est moi), seperti di zaman keemasan Majapahit dan Mataram dahulu yang diidolakan itu , dan diperlihatkan khususnya oleh kepimpinan Sukarno dan Suharto. Walau rasminya kecenderungan itu telah berhenti dengan masuknya Indonesia ke era reformasi, tetapi yang bertukar baru hanyalah botolnya, belum isi kandungannya: the old wine in the new bottle. Ertinya bahawa cabaran terhadap falsafah dan ideologi ABS-SBK tetap berterusan. 


Proses pengindonesiaan dari suku-suku bangsa yang tadinya pelbagai berjalan secara sistematik dan sistemis terutama melalui jalur pendidikan formal melalui sekolah-sekolah yang ditetapkan dan dikawal oleh pusat kuasa selama masa kemerdekaan ini yang muaranya melahirkan generasi yang hampir tidak lagi mengenal budaya-budaya asalnya yang diikat dalam sebuah motto: "Bhinneka Tunggal Ika" - pelbagai-ragam tapi satu. Melalui sistem pendidikan yang bercorak seragam dan indoktriner, dan melalui sistem birokrasi politik yang lebih mengutamakan keseragaman dan terregi-mentasi secara quasi-militeristik sampai seluruh desa di Indonesia ini yang tadinya sangat pelbagai dan diseragamkan seperti model desa di Jawa, maka proses pengindonesiaan dengan orientasi sinkretik lengkaplah sudah. 


​​Dari dalam sendiri, kerana proses pembentukan wangsa dan penyeragaman struktur birokrasi politik itu juga berlaku di kawasan budaya Minangkabau sendiri, yakni bahawa Sumatera Barat itu sekarang hanyalah bahagian dari Indonesia yang lebih luas, maka konflik ataupun pertarungan budaya itu tidak hanya berlaku di peringkat kebangsaan, tetapi juga di peringkat tempatan di daerah. Malah daerah menjadi medan pertarungan konflik-konflik budaya yang berlaku secara nasional. Ambil misalnya, sejak dari pertarungan antara dasar negara: Islamis-me atau Pancasila sejak 1950-an itu sampai ke masalah-masalah yang lebih sektoral dan operasi sifatnya, seperti polemik antara melenyapkan pelacuran ataupun perjudian dan amalan-amalan pekat (penyakit masyarakat) lain- lain, yang sama sekali sesuai dengan ajaran Islam, berhadapan dengan konsep penyetempatan pelacuran dan perjudian dan amalan-prak-tek maksiat lain yang lebih pragmatik, demi pertimbangan ekonomi, kemanusiaan, dan sebagainya; polemik mengenai pakaian wanita keluar rumah antara bertudung dengan yang tidak; bunga bank dengan amalan-amalan ekonomi kapitalis seperti yang ber-laku selama ini berhadapan dengan sistem bagi hasil (syirkah) dari sistem ekonomi dan perbankan syariat; melaksanakan syariat Islam secara kaffah atau sebahagian sahaja; sampai kepada hal-hal yang mempertentangkan antara adat dan syarak, ke-imanan monotheistik-eksklusivistik versus kegalauan posmo, pluralisme, inklusivisme, liberalisme, dan sebagainya. 


ABS-SBK, dalam kancah konflik budaya yang belum kunjung reda itu, memang tak mudah mengimplemen-tasikannya, kerana adanya dua kubu budaya yang saling bertolak-belakang itu , dan adanya dua orientasi yang berbeza dari orang Minang sendiri, iaitu yang pertama sebagai orang Minang yang memang menginginkan terlaksananya konsep ABS-SBK itu, dan kedua sebagai orang Indonesia yang takut kalau ajaran eksklusif seperti itu akan ditolak secara nasional, yang menyebabkan orang Minang tersingkirkan . Orang Mi-nang, hati kecilnya ingin melaksanakan prinsip-prinsip yang ter-kandung dalam ABS-SBK itu, tetapi pada masa yang sama takut akan menjurus kepada pelaksanaan syariat Islam secara kaffah yang hujungnya adalah penjelmaan sebuah masyarakat yang islami ataupun menjurus ke sebuah negara Islam. Konsep masyarakat Islam yang eksklusif, ataupun sebuah negara Islam, di mana ajaran Islam berlaku secara kaffah, adalah sesuatu yang sampai saat ini masih dianggap sebagai taboo, dan alergik untuk dibicarakan. Dan orang Minang sendiri, berbeza dengan orang Aceh, ataupun Bugis, takut melibatkan diri dalam polemik budaya seperti itu. Sebahagian kerana trauma di masa lalu sehingga menjadi stigma yang takut untuk diangkatkan dan dibicarakan. 


Agar falsafah ABS-SBK itu boleh berjalan secara berkesan dalam masyarakat, mau tak mau secara bernegara memang harus dituangkan pengimplementasiannya ke dalam peruntukan undang-undang walau hanya berlaku di daerah sendiri dan khusus untuk orang Minang sahaja. Di Sumatera Barat sendiri walau majoriti terbesar penduduknya (di atas 90%) adalah orang Minang dan beragama Islam, tetapi juga dikenali ada penduduk minoriti yang bukan Minang dan bukan pula Islam, seperti orang Mentawai yang Kristian, dan suku lain yang menjadi penduduk Sumatera Barat yang tidak beragama Islam. Inipun dipermasalahkan, dan jadi masalah. 


Sampai saat ini, kerananya, dalam bidang perundangan belum ada pemerintah daerah, baik di peringkat wilayah mahupun kabupaten dan kota, yang sudah mengeluarkan undang-undang daerah atau perda yang menetapkan tentang segi-segi pelaksanaan dari konsep ABS- SBK menurut sisi dan aspek masing-masing, yang kalau diterangkan praktikal merangkumi keseluruhan sisi kehidupan itu sendiri. Yang ada baru yang berkaitan dengan pekat (penyakit masyarakat) kerana tanpa dikaitkan dengan ABS-SBK pun telah mengganggu ketenteraman dan keselamatan masyarakat, seperti yang dilaksanakan di bandar Padang. Kota Padang kebetulan saat ini dipimpin oleh seorang walikota yang cukup punya nyali dan berani mempertaruhkan kedudukannya demi pengimplementasian ajaran ABS-SBK yang diyakininya itu. Tetapi daerah-daerah lain yang juga punya kuasa mengeluarkan peraturan sendiri sebagai akibat dari auto-nomi yang diberikan kepada daerah-daerah tingkat dua: kabupaten dan kota, tidak punya nyali, baik pihak eksekutif dan Legislatifnya. 


Sementara unsur masyarakat yang terjalin kepada sistem kepemimpinan " tungku nan tigo Sajarangan dan tali nan tigo sapilin, "yakni ninik-mamak, alim-ulama dan cerdik pandai, bungkem seribu bahasa. Terasa ada terkatakan tidak. Komu-nikasi timbal-balik antara sesama pemimpin informal tersebut kelihatannya tergolong langka. Konsep kerjasama dan keserasi-an antara sistem kepimpinan tripartit itu kelihatan-nya enak untuk didengar tetapi mahal dalam pelaksanaan-nya. Yang jelas sifatnya amorfik, tidak wujud dalam amalan kenyataan-nya. Bukan saja cenderung jalan sendiri-sendiri tetapi di antara sesama ninik-mamak, sesama alim-ulama dan sesama cerdik-pandai sekalipun dalam amalan dialog-dialog jarang berlaku. Ini bukan sahaja kerana secara struktural dan fungsional sifatnya amorfik itu tetapi juga sistem kepimpinan informal seperti itu dalam amalan tersaingi, malah tersingkirkan, oleh sistem kepimpinan formal, yang jauh lebih bergigi dan lebih dominan, terutama selepas perubahan demokrasi liberal kepada demokrasi terpimpin di zaman Sukarno dan Suharto itu. 


Dengan sistem kepimpinan totalitarian yang hirarkis-menegak dari kepimpinan formal itu memang tidak ada tempat yang tinggal untuk dimainkan oleh kepimpinan informal-tradisional dari tungku nan tigo Sajarangan itu kecuali yang sifatnya istiadat dan simbolik itu. Praktikal semua aspek daripada fungsi kepimpinan informal itu turut diambil alih oleh kepimpinan formal sehingga tidak sedikit dari mereka pun yang menyandang gelaran-gelaran ninik-mamak, alim ulama dan cerdik-pandai itu sendiri. Mereka bahkan seperti berebutan untuk mendapatkan gelaran dan menyandang gelaran-gelaran peng-hulu dan datuk dari para ninik-mamak, bahkan gelaran keula-maan dan kesarjanaan pelbagai macam. Banyak dari para pemimpin formal yang rata-rata adalah juga pegawai negeri yang mengambil kuliah-kuliah tambahan di universiti-universiti swasta mahupun program extension dari universiti-universiti negeri yang tujuan utamanya lebih pada penambahan deretan gelaran kesarjanaan di depan dan ataupun di belakang papan namanya untuk tujuan peningkatan status sosial dalam masya-rakat dan dalam aura kedinasannya. Malah tidak sedikit pula yang ikut-ikut "membeli" gelaran kesarjanaan honoris causa yang dijajakan di mana-mana, di dalam mahupun di luar negara.

Di sisi lain lagi ada gejala-gejala yang berlaku secara nasional dan yang praktiknya menjalar sampai ke daerah-daerah yang mengarah kepada amalan islamisasi yang di masa yang lalu hampir tak terbayangkan tetapi sekarang menjadi kenyataan yang berada di hadapan mata sendiri walau rata-rata masih di luar bidang politik. Pertama di bidang ekonomi dan perdagangan, dan kedua di bidang pendidikan. Ketiga bahkan di bidang sosial kemasyarakatan. 


Dalam bidang ekonomi dan perdagangan sebuah terobosan meyakinkan telah berlaku sejak dua dekad kemari ini, iaitu masuk dan diterimanya secara terbuka sistem ekonomi dan perbankan syariah, di mana juga termasuk perdagangan (tijarah) dan insurans (takaful), dan sebentar lagi industri.Masyarakat ekonomi dan mempunyai dua jalur pilihan: jalur ekonomi kapitalis-eksploitatif dengan sistem bunga, berori-entasi pasaran, seperti yang telah melembaga dan membudaya selama ini, atau jalur baru ekonomi syariah yang tidak mengenal bunga atau riba, tetapi mengenal kerjasama dengan pembahagian hasil atau keuntungan yang profesional dan adil. 


Dengan masuknya sistem ekonomi syariah yang juga mengglobal sekarang ini masyarakat muslim pun terbelah dua: yang yakin dengan keunggulan sistem ekonomi syariah lalu memakaikannya, dan yang menolak ataupun ragu-ragu, yang belum pasti akan keunggulannya. Yang menarik adalah bahawa walaupun keperansertaannya secara profesional masih kecil sekarang ini, tapi peringkat kenaikan dan perkembangannya cukup menakjubkan. Dari sesuatu yang ditakutkan dan dijadi-kan momok selama ini sekarang mulai disukai. Di kalangan pelaku ekonomi yang bukan muslim sekalipun, dengan melihat prospek yang cukup menjanjikan dengan sistem ekonomi syariah ini mereka pun tak tanggung-tanggung telah pula ikut masuk dengan tak kurangnya juga membuka sistem perbankan yang berorientasikan syariah itu. Terbukti dengan pembukaan cawangan-cawangan dari bank-bank mereka sendiri yang berorientasikan syariah. Sekarang di Indonesia sendiri keba-nyakan bank-bank dari non-pribumi China sekalipun telah membuka cawangan syariahnya. 


Kita bagaimanapun memahami bahawa masuknya mereka ke pusat syariah ini bukan kerana motif agama tapi terutama kerana perhitungan ekonomi itu sendiri di mana bahagian banyak dari pelanggan mereka adalah kumpulan muslim. Ini juga terbukti, sampai dengan di Singapura sekalipun, bahawa yang pertama mengeluarkan label "halal" dari barang-barang ma-kanan yang mereka pengeluaran adalah mereka sendiri, kerana sedar bahawa captive marketnya adalah kumpulan Islam di negara-negara jiran sekitar mereka. Di Malaysia dan mungkin juga Indonesia sendiri yang turut mendorong dibina banyak masjid dan bangunan keagamaan yang lain di mana-mana adalah kerana dorongan para peniaga Cina yang juga bukan kerana motif agama tetapi ekonomi. 


Gejala yang sama juga terlihat di bidang pendidikan dan dalam bidang kemasyarakatan sendiri. Dahulu yang terjadi adalah paralelisme antara jalur pendidikan awam dan agama, yang bagaikan rel kereta api tidak pernah bertemu; apalagi ditetapkan oleh dua agensi kerajaan yang berbeza (Dep P & K dan Bahagian Agama). Sekarang terjadi integrasi, di mana di sekolah-sekolah agama mereka mengajarkan vak-vak am, dan di sekolah-sekolah umum mereka mengajar agama. Dan bahkan, kerana ternyata sistem pesantren apalagi yang berasrama mampu mengalahkan sekolah-sekolah umum, satu-sentase unggulan makin banyak dihasilkan dari pesantren, sehingga yang masuk ke universiti-universiti unggulan seperti ITB, IPB, UI, UGM, dan sebagainya, dan ke luar negeri sekalipun juga banyak yang dari pesantren. 


Lalu di bidang kemasyarakatan sendiri, banyak perkara telah berubah yang semuanya bermuara pada makin diterimanya pertimbangan-pertimbangan dan paradigma-paradigma keaga-maan yang tadinya secara a priori dianggap sebagai tidak boleh dibawa ke tengah, ketinggalan zaman, surauan , dan sebagainya. Di samping juga, seperti dalam wilayah ekonomi tadi, banyak konsep-konsep kemasyarakatan yang berasal dari ajaran agama yang diterima secara terbuka sekarang ini. Misalnya tentang pelaksanaan ajaran berzakat, berinfaq, naik haji, puasa, solat sekalipun, gerakan bertudung, dsb. 

Pemungutan zakat dan infaq yang dilakukan oleh peme-perintah Selangor dan beberapa syarikat negara sekarang ini sudah struktural sifatnya, yang langsung diambilkan dari gaji setiap bulan . Sekarang ini bukan hanya di tempat-tempat awam, seperti terminal-terminal, pasaran-pasaran, pam petrol, tetapi bahkan di rata-rata bangunan kerajaan dan swasta sekalipun praktikal tidak ada lagi yang tidak punya kemudahan untuk solat walau bangunannya dimiliki oleh bukan Muslim sekali -pun. Dan masjid-masjid, surau-surau, kelihatan menjamur dan ada di mana-mana. 


Gerakan berjilbab di persekitaran wanita muslimah seka-rang telah menjalar ke mana-mana yang dahulu hanya digunakan oleh kumpulan tertentu yang kental agamanya. Di Sumatera Barat sendiri sekarang praktikal anak-anak sekolah dari SLP, SLA dan PT rata-rata sudah bertudung, baik kerana anjuran sekolah mahupun kerana dorongan dari keluarga dan masyara-kat. Di hampir semua universiti di Sumbar kebanyakan pelajar sudah bertudung, walau sebahagian belum. 


Tak terkecualinya juga lafaz-lafaz salam yang biasa diucap-kan dalam pertemuan dan perjumpaan yang formal mahupun yang tidak formal, terasa sekali sekarang masuk nuasa agama-nya. 

Tinggal koridor politik yang belum terbuka dan belum tembus. Dan itu yang menjadi halangan utama dari belum boleh penguatkuasaan secara tuntas konsep ABS-SBK walau di daerahnya sendiri di Sumatera Barat. Tetapi pergeseran ke arah yang membolehkan bagaimanapun berlaku dan sedang berlaku. Pertama kerana suasana politik itu sendiri, dari yang seluruh-nya tertutup seperti di masa Orde Baru itu ke suasana keterbukaan di zaman reformasi dengan autonomi seluas-luasnya yang diberikan kepada daerah.Kata "autonomi seluas-luasnya" inilah sekarang kecenderungannya kembali menggan-jal, kerana undang-undang No 22 th 1998 telah digantikan pula dengan undang-undang No. 32 tahun 2004, yang kelihatannya cenderung bergerak ke arah yang bersifat involusioner, iaitu gerak menyurut ke belakang kembali dengan menguatnya kuasa pusat terha-dap daerah kembali. Selain itu, seperti sekarang, hanya kabupa-ten dan bandar yang diberi hak otonomi, sementara wilayah tidak, dan desa atau nagari semu sifatnya. Peme-rintahan Pro-vinsi sekarang cenderung dalam hal-hal krusial lebih menem-patkan diri sebagai pembaharuan tangan dari kerajaan pusat daripada merasa mempunyai hak untuk memutuskan yang terbaik untuk diri sendiri. 

Gejala-gejala dalaman mahupun luaran seperti yang dipa-parkan itulah kelihatannya yang menghalang mahupun mendo-rong terlaksananya konsep ABS-SBK yang mahu dilaksanakan di Sumatera Barat. Untuk boleh berlakunya konsep ABS-SBK itu dalam masyarakat di Sumatera Barat, jalan keluarnya tentu saja tidak lain dari menyingkirkan segala halangan dan halangan-halangan itu dan sebaliknya mendorong ke arah dikuatkuasakan dan diimplementasikannya konsep yang sesuai dan serasi untuk daerah itu, dan kawasan sama lain di Indonesia ini yang orientasi budayanya sama dengan di Sumatera Barat, iaitu yang berorientasikan sintetik itu, iaitu menyatunya konsep adat dan syarak dalam susunan dan budaya masyarakatnya. 

Kendala utamanya seperti yang diterangkan itu adalah halangan ideologi kenegaraan kerana bagaimanapun dengan ABS-SBK keberpihakannya adalah kepada falsafah kenegaraan dan kema-syarakatan yang bersifat sintetik, bukan sinkretik. Tegasnya pelaksanaan ajaran Islam secara kaffah menyeluruh dan ter-padu di samping berstruktur dan terlembaga. ***

Monday, November 21, 2011

As-Syahid Sheikh Izzuddin Al-Qassam


Pada 20.11.2011, genap 76 tahun Syeikh Izzuddin Al-Qassam syahid dalam Pertempuran Ya'bad, Palestin di tangan Penjajah Inggeris dan Yahudi. Beliau adalah seorang pemimpin mujahidin terulung yang menentang penghijrahan terancang Yahudi ke Palestin yang dilakukan oleh Penjajah British di awal Abad 20 dalam strategi menubuhan negara haram “Israel” pada tahun 1947. 

Nama lengkap beliau adalah Muhamad Izzuddin Abdul Qadir al Qassam. Dilahir pada tahun 1882 M di Jabalah, Syria. Datang dari keluarga yang kuat berpegang kepada Islam. Bapanya seorang guru Quran yang mengajar anak-anak di kampung mereka membaca dan menghafal al-Quran. Dia pernah belajar di Universiti Al-Azhar di Mesir ketika berumur seawal 14 tahun dan di sana dia belajar daripada tokoh terkenal, Sheikh Muhammad Abduh. Semasa di zaman menuntut lagi beliau telahpun gigih melakukan usaha dakwah.

Sheikh Al Qassam adalah seorang imam, guru dan juga sheikh Tareekat Ash-Shazaliyah di Jilah Al-Adhamiyah, sebuah wilayah di bahagian utara Syria. Beliau menggunakan ilmu dan kedudukannya untuk menerangkan kepada umat bahawa tugasnya bukan sekadar asas-asas agama Islam semata-mata tetapi juga menerangkan setiap isu yang menyentuh kepentingan umat dan Negara dari sudut pandangan Islam. Kepimpinannya telah menyedarkan masyarakat untuk kembali kepada Islam. Pentarbiyahan beliau telah berjaya merubah pemikiran masyarakat.

Semasa perang dunia pertama, dia mengambil bahagian secara aktif di dalam Revolusi Syria memerangi penjajahan Perancis. Revolusi tersebut berakhir dengan berlakunya pertempuran Melson pada tahun 1920.

Perjuangan di Syria menjadi semakin rumit apabila penjajah Perancis menjatuhkan hukuman mati kepadanya. Beliau yanghanya mempunyai dua pilihan iaitu hukuman mati atau tunduk dengan kehinaan telah membuat keputusan untuk berhijrah ke Haifa di Palestin. Tujuan lain perpindahannya ke kota Haifa adalah kerana kewujudan pendatang haram Yahudi yang semakin bertambah besar di bumi Palestin.

Kedatangan pendatang haram Yahudi beramai-ramai dari Eropah.



Kenapa Izzuddin berhijrah ke Palestin?

Izzudin Al Qassam datang ke Palestin sebagai mujahid kerana dia benar-benar memahami rancangan jahat yahudi yang mengerikan yang telah dibuat oleh Organisasi Zionis Antarabangsa di Basel, Swizland pada 29-30hb Ogos 1896. Mereka telah membuat resolusi untuk mendirikan sebuah negara nasional untuk orang Yahudi di Palestin. Beliau juga melihat pakatan sulit antarabangsa yang mendapat sokongan kaum penjajah umumnya dan British khususnya. Sheikh Izzudin juga melihat penghijrahan orang Yahudi secara besar-besaran ke bumi Palestin dan para pemuda Yahudi bersenjata datang dari pelbagai penjuru dunia untuk merebut tanah dengan kekerasan mahupun dengan pujuk-rayu.

Di Haifa dia tinggal di rumah Haji Amin Nuruddin dan bergiat dengan aktiviti mengajar dan berceramah di Masjid An Nasr. Beliau kemudiannya bertugas di Masjid Al Istiqlal iaitu masjid terbesar di Haifa pada masa itu. Pada tahun 1927 dia mendirikan pejabat cawangan Jam’iyah Asy-Syubban Al-Muslimin (Persatuan pemuda Muslim) di Kota Haifa dan beliau sendiri bertindak sebagai pemimpinnya.

Beliau mengajak para warga Arab Palestin berbincang mengenai ancaman Yahudi ini walaupun ada sebahagian daripada mereka yang mempunyai pendapat yang aneh. Ada di antara mereka yang bepandangan bahawa cukup untuk menghadapi mereka dengan demonstrasi dan sebahagiannya mengatakan cukup dengan perundingan sahaja. Bahkan ada yang pergi ke Britain untuk mencari jalan penyelesaian permasalahan ini.

Selama tujuh tahun digunakan oleh beliau untuk mengadakan hubungan dengan orang ramai, mengenali identiti mereka, mengadakan pembinaan, latihan organisasi dan mempersiapkan mereka untuk berhadapan dengan saat yang bakal menentukan masa depan mereka. Dalam tempoh tersebut beliau menjalankan pelbagai tugasan; guru di sekolah, pembimbing rohani di masjid, pekerja di Pejabat Syariat dan ketua pergerakan. Hubungan dengan berbagai kalangan masyarakat juga mengizinkan beliau memiliki dana kewangan.

Apakah fokus perjuangan Izzuddin al Qassam?

Perjuangannya sangat menitikberatkan kepada tiga perkara utama.

Kewaspadaan terhadap ancaman Yahudi secara berterusan.
Ajakan untuk berjihad.
Memilih orang-orang yang berkualiti dan dibekalkan dengan pemikirian yang benar serta kemahiran ketenteraan.
Mempersiapkan generasi pendokong kebenaran menurut Izzudin memerlukan

Mengadakan hubungan baik dengan setiap orang, baik yang mempunyai komitmen pada agama mahupun tidak. Jika orang ini berubah, maka ia akan menjadi pejuang yang hebat dan dapat menjalankan tugas-tugasnya untuk memelihara hubungan yang luas.
Menanamkan rasa cinta di antara sesama manusia kerana penjajah dan yahudi telah banyak menyebarkan bibit-bibit perpecahan di kalangan masyarakat.
Mengajak orang yang dianggap baik dengan berkunjung ke rumahnya. Sheikh Izzudin saling membina suasana keakraban dan persaudaraan sehingga mencapai tahap berterus-terang untuk menyatakan tujuan perjuangan iaitu menyelamatkan Palestin.
Izzudin berkeyakinan bahawa Palestin tidak akan dapat diselamatkan kecuali jika rakyatnya dibangkitkan rasa tanggung-jawabnya samada lelaki, perempuan, orang awam ataupun ulama mesti meyakininya dan bangun berjuang.
Pada tahun 1931, pasukan yang beliau bentuk telah menyerang perkampungan Yahudi di Yagur. Dalam penyerangan tersebut tiga orang tentera Yahudi telah terbunuh. Pasukan Izzuddin Al-Qassam meneruskan penyerangannya dan menyebarkannya ke seluruh wilayah pergunungan.

Setelah pasukan Inggeris yang bekerjasama erat dengan Zionis bertindak mempersempitkan ruang geraknya di Haifa, maka Sheikh Al Qassam bersama enam sahabat rapatnya berpindah ke daerah pergunungan pada tahun 1935.

Pasukan ketenteraan yang beliau bentuk mencapai jumlah seramai 200 orang. Dari jumlah tersebut dia membahagikannya kepada beberapa kelompok. Setiap kelompok terdiri daripada lima orang dan salah seorang daripada mereka akan diangkat sebagai pemimpin dan pemberi arahan. Dalam tempoh yang agak singkat, pasukannya bertambah banyak dan mencapai keanggotaan seramai 800 pejuang. Setiap unit yang asalnya terdiri daripada lima orang membesar menjadi sembilan orang.

Rancangan berjalan sebagaimana yang diharapkan. Di tahun 1935, Izzudin Al Qassam dalam usianya yang telah mencapai enam puluh tahun keluar pada satu malam dengan mengenakan pakaian pejuang setelah meninggalkan pakaian tokoh agama. Dia mengumpulkan anggota keluarganya untuk memberitahukan niatnya dan menjanjikan keazaman untuk berjumpa dengan mereka di syurga kelak.

Pasukan Inggeris dengan senjata yang lengkap dan dibantu dengan pesawat tempur telah menyerang pasukan Izzuddin Al-Qassam di Ya'bad. Dalam pertempuran tersebut Izzuddin Al-Qassam gugur sebagai syahid bersama dua orang pejuang lainnya pada 20hb November 1935.

Orang-orang Palestin di seluruh negara melakukan solat jenazah ghaib untuk beliau. Jenazah as Syahid Izzudin al Qassam dengan bajunya yang berlumuran darah dibawa oleh ribuan orang ke makam di kampungnya. Kesyahidan tiga pejuang tersebut telah mencetuskan lebih banyak penentangan, pergolakan dan permogokan terhadap penjajahan Inggeris dan Zionis terhadap bumi palestin.

Jasa Sheikh Izzuddin Al Qassam sentiasa dikenangi oleh orang-orang Islam terutamanya di Palestin malahan sebuah sayap ketenteraan HAMAS (Harakah Muqawamah Islamiyah), mengabadikan namanya dalam unit dan bendera mereka.

Berbicara mengenai tradisi pergerakan Islam moden dan sejarahnya, nama Izzudin Al Qassam tidak dapat dipisahkan; beliau memiliki cara yang tersendiri dalam pembinaan generasi Islam dengan menggunakan pendekatan pendidikan, kesiap-sagaan, organisasi dan jihad. Jika diamati lagi, dalam aliran pergerakan Islam terdapat seorang tokoh besar yang mempunyai kaedah pergerakan yang pelbagai dan dia adalah salah seorang tokohnya.

Rujukan :

Mohsein M.Soleh. History of Palestine. A Methodical Study of the Palestinian Struggle. Al Falah Foundation. Cairo 2005.
Mohsein M.Soleh. Kertas Kerja Seminar Isu Palestin. TTS, Kuala Lumpur 2005
Muhammad Sa’id Mursi. Tokoh-tokoh besar Islam sepanjang sejarah. Versi Indonesia Pustaka Al kauthar, Jakarta 2007
Mustafa Muhamad Tahhan. Tokoh Pergerakan Islam masa kini. Al Hidayah Publishers, Kuala Lumpur 2002
Tareq M. Suwaidan. Palestine – Yesterday, today and tomorrow. Ebbad Co. Kuwait. 2006.

Sumber :
http://zainurrashid.com/?p=234
boleh baca di sini http://haluanpalestin.haluan.org.my/?p=1673 dan http://wardahzinnirah.blogspot.com/2009/01/siapa-izzuddin-al-qassam.html
 — withAzyan Syazwani and 42 others

Jangan sia-siakan janggut suami


Terus terang saya akui, selama ini saya tidak pernah menyimpan janggut. Bukan tidak suka, cuma tidak simpan. Dan saya tidak pernah pun mempertikaikan sesiapa yang menyimpan janggut kerana saya tahu itu sunnah.

Akan tetapi, misai saya meskipun kategorinya hanya jenis misai kucing, yang tumbuhnya jarang-jarang seperti anak pokok getah yang baru ditanam semula, saya simpan.

Dan kerana sayangnya saya pada misai yang jarang itu, saya boleh tidak tidur malam jika hitungan yang saya buat mendapati ia tidak cukup seurat.

Hilang seurat bukan senang mahu diganti. Jangan kata hari, minggu berganti minggu pun belum tentu tumbuh misai baru.

Mengenai janggut, saya tidak kisah sangat. Saya biasa mengandaikan kepada kawan-kawan, jika saya cukur janggut sebelum bertolak, sampai di pejabat, janggut saya sudah boleh dicekak.

Dan satu lagi andaian bida’ah, saya sering mengumpamakan wang (kononnya) dengan janggut saya. Cukur, tumbuh. Cukur lagi, tumbuh lagi. Kononnya. Akan tetapi, tidaklah pernah saya bawa janggut yang baru dicukur ke kedai untuk beli tepung atau gula. Mahu tak cukup tanah lari dikejar sambil dilaung, “orang gila! orang gila!” 

Namun sejak sebulan dua lepas, setelah berulang kali mainkan klip video kumpulan rock kegilaan saya sejak remaja, Metallica, saya tiba-tiba jadi tertarik dengan penampilan penyanyi merangkap pemain gitarnya, James Hetfield.

Hetfield kini tidak lagi berambut panjang dengan misai bertaring seperti dulu. Panjang rambutnya sederhana namun sebagai rocker, itu boleh dianggap pendek. Tidak lagi bermisai, namun yang menarik, dia kini berjanggut. Lantas saya pun tiba-tiba teringin mahu berjanggut. 

‘Misai kucing’ yang menjadi intan payung saya selama ini, saya cukur licin selicin-licinnya. Tanah sekangkang kera di bawah hidung itu saya sentiasa pastikan licin seperti telur, tiada lagi tunggul-tunggul gerigis. 

Jangan! Jangan kata saya agungkan Hetfield, beristighfarlah! Saya sendiri pun beristighfar apabila teringat akan hal itu.


Saya cuma meniru apabila melihat dia nampak lebih segak, kemas, bersih, macho, dewasa - imej yang sepatutnya bagi ahli Kelab 40 - berbanding dulu.

Namun dalam keadaan saya sedang mendekati sesuatu yang sebenarnya adalah sunnah Rasulullah SAW, tiba-tiba saya dipertemukan dengan satu ilmu yang sangat istimewa. Yang menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu.

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik termasuk di kampung saya di Pendang, Kedah, juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.

Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

SUBHANALLAH!

Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan wanita pasangannya. Itu saya tambah! Saya terpaksa sebut wanita pasangannya kerana dunia sekarang semakin cacamarba. Bimbang pula nanti ada lelaki yang mahu menjadi wanita, ketagih meraba janggut orang itu, orang ini, dengan harapan mahu jadi subur juga. Jangan! Hanya untuk wanita yang tulen sahaja.


Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.

Suami pula, apabila sudah diminta oleh isteri, simpanlah. Jangan sampai isteri terpaksa belai bulu jagung pula! Bulu jagung tiada manfaat apa-apa.

Kata Dr Jamnul Azhar lagi, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic. 

Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Saya beristighfar. Hati kini, sarat, penuh dan bulat mahu mengikut sunnah Nabi, tiada langsung bayangan James Hetfield.

Saya akan terus menyimpan janggut ini. Sama ada isteri saya masih berminat untuk menyambung produktiviti atau tidak selepas bergelar ’mak aji’, itu terserah pada dia sendiri.

Setakat ini, saya belum memikir soal. Pelan B.

Selamat mencuba ya, puan-puan! (baca dengan intonasi ala Chef Wan). 

sumber: sinar harian jumaat 18 November 2011

disalin dari: http://pusaka-lama.blogspot.com/2011/11/jangan-sia-siakan-janggut-suami.html